Sunday, December 20, 2015

Prolog

Assalammualaikum wbt
Entri pada minggu ni bertajuk Prolog . Setelah sekian lama bersama ahli kumpulan maka tiba esoklah harinya semua ahli kumpulan akan berpisah . Mungkin kesemuanya membuat haluan masing masing . Papehal goodluck semua untuk peperiksaan akhir semester 1 . Pertemuan ini amat bermakna bagi kita semua . Keesokan hari harus kita tempoh walau segala apa yang berlaku . Hari ini mungkin kita bersama  esok lusa mungkin kita masih berjumpa , mungkin suatu hari kita mungkin susah untuk berjumpa . Semoga saat indah pertemuan kita diakhiri dengan pengakhiran yang takkan kita lupa sehingga bila-bila . Mungkin terkurang komitmen , terkurang masa untuk bersama maafkan lah . Ayuh kita lakukan terbaik demi diri sendiri pada masa-masa akan datang agar kedua ibubapa keluarga sahabat dan orang lain dapat melahirkan rasa hormat terhadap diri kita . Segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala kekurangan diri kita sendiri . Marilah kita memohon keampunan dari Allah atas segala dosa yang kita lakukan .Beristiqamah lah dalam melakukan segala apa yang kita perjuangkan
Wassalam

Monday, December 14, 2015

Pemimpin berkarisma , transformasi dan strategi

Berdasarkan pemimpin yang mempunyai faktor-faktor nyata kepada ciri ciri berkarisma , bertransformasi , dan berstrategi ialah adolf hitler .Adolf hitler adalah pemimpin yang paling berpengaruh di abad ke 20 yang menjadi tokoh utama jerman NAZI . Pada saya Adolf hitler adalah pemimpin yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkarisma . Antara faktor faktor berkarisma dalam diri adolf hitler ialah ,Tajam pemikiran ,bermotivasi tinggi , Berani mengambil risiko , kemahiran berinteraksi , dan Tahu keutamaan .

Adolf hitler mempunyai pemikiran yang tajam kerana berdasarkan fakta , adolf hitler mempunyai tulisan tangan yang bersudut menunjukkan bahawa dia mempunyai pemikiran yang tajam . Adolf hitler seorang seniman semenjak kecil sebelum beliau meneruskan pembelajaran ke sekolah teknik . Ketika beliau kehilangan ibunya yang mempunyai sakit barah payudara , kehidupan beliau berlaku kemerosotan . Beliau terpaksa duduk di bangku taman di parkbenches mengharapkan derma dari orang ramai untuk terus hidup . disaat itu beliau mula bermotivasi untuk teruskan hidupnya . Sejak dari kejadian itu beliau mula mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad . Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.Sikap seharusnya dijadikan contoh kerana sikap beliau yang cekal untuk membangunkan diri daripada kejatuhan . Beliau berani mengambil risiko ketika untuk membantu tentera jerman mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich . Walaupun kita terpaksa mengharungi kepayahan hidup , kita hendaklah sentiasa memberanikan diri mengharungi cabaran yang bakal kita hadapi . Beliau bijak dalam kemahiran berinteraksi di hadapan orang ramai ketika beliau ditugaskan untuk menjadi perisik tanpa diketahui oleh orang ramai . Interaksi dan komunikasi yang baik adalah penting supaya kita mampu meyakinkan orang lain terhadap sikap kita . Adolf hitler mempunyai sikap tahu keutamaan kerana beliau sentiasa mengutamakan keinginannya untuk memerangi golongan yahudi dan komunis . Keutamaan dalam hidup adalah suatu perkara dalam kehidupan supaya kita tahu akan apa yang kita hendak perjuangkan dalam hidup .
Adolf hitler seorang pemimpin yang bertransformasi . Adolf hiter mula berubah selepas keluarga hitler berpindah dari harfeld ke leonding . Segalanya kelihatan elok sehinggalah September 1900 .Edmund adik lelakinya , meninggal dunia kerana menghidap sakit beguk dan ibunya meninggal . Sewaktu itu beliau mula berasa kekecewaan itu perangainya mula berubah daripada seorang lelaki yang biijak , pintar ,berkeyakinan dan patuh kepada seorang yang pemarah , suka melawan , dan tidak mendengar cakap. Hendaklah kita menjadikan sesuatu situasi yang dihadapi sebagai suatu pengajaran kepada kita pada suatu masa akan datang bukannya menjadikan suatu perkara yang negatif terjadi kepada kita untuk kita membalas segala apa keperitan yang dihadapi .Selepas beliau terlibat dalam peperangan dunia I , Beliau mula berkecimpung dalam bidang politik sewaktu beliau ditempatkan sebagai seorang perisik kepada tentera jerman . Selepas partinya NSDAP diharamkan , Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. . Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Akhirnya hitler dilantik sebagai canselor . Cuba untuk memikirkan strategi yang lain dalam menguruskan keinginan kita pada sesuatu perkara yang positif .
Adolf hitler seorang yang berkepimpinan strategi apabila beliau ingin menjadi seorang canselor jerman . Rancangan beliau gagal pada kali pertama kerana rancangan beliau untuk meminta Presiden Paul von Hindenburg menjadi seorang canselor bagi meluaskan pengaruh Parti NAZI atau NSDAP . Seterusnya beliau menggunakan helah dengan menakutkan rakyat jelata dengan huru hara yang dilakukan . Beliau menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu menanganinya .Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan. Walaupun kita menghadapi kekalahan pada pertama kali , usahlah berputus asa , cuba memikirkan strategi yang lebih bagus untuk kita mencapai perkara yang kita inginkan .



Epilog : bermulanya sebuah puisi

Seseorang puitis memerlukan idea yang bernas bagi menyampaikan kata kata bersakti . Permulaan atau epilog sesuatu puisi adalah penting untuk menarik minat si pembaca untuk membaca puisi yang kita reka . ‘’Aku seorang lemah bebicara , tetapi aku pandai dalam percaturan kehidupan’’.  Ingat senang nak berpuitis sebenarnya . Permulaan tu biarlah menceritakan perkara yang indah indah belaka . Janganlah selitkan ayat yang tak menggambarkan pendahuluan segala ayat . Biar mula dengan langkah kanan dan berakhir dengan langkah kiri . Puisi yang menambat hati pembaca adalah puisi yang epilognya menceritakan keseluruhan cerita tetapi menggunakan Bahasa yang tinggi mencecah langit tingginya walaupun awan belum tentu dicapai . Biar bebicara seribu , tetapi tidak bermadah seorang tanpa helah . Aku memang tak pandai berpuitis okay ‘berhenti’ . Para puitis menerbitkan puisi dengan imaginasi yang tinggi , perasaan yang direka . Ada puisi yang memulakan atau epilog nya bernada sedih lagi pilu . Tetapi perasaan sedih itu sahaja direka bagi mencantikkan intonasi puisi mereka . Biar berlaku adil dalam membahagikan perasaan dalam puisi . ‘’Tidaklah aku menaruh pada dirimu , akan tetapi aku menatapi dirimu dari nun jauh di sana “ . Gasaklah orang nak menyajikan engkau perasaan yang berkelana , lupakah engkau pada Allah yang sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk kita . WASSALAM 

Sunday, December 06, 2015

MR=Mana Reunion

Tajuk untuk entri ni mana reunion .
"Mana Reunion" menyatukan semua orang samada yang da lama berpisah mahupun baru berpisah dengan kawan kawan . Aku mula juga lah tefikir bila nak reunion dengan budak budak sekolah aku dulu , reunion dengan team ranggi , budak budak spark family hahaha . Da lama merancang benda ni tapi diorang buat taktahu je lama lama . Kadang kadang buat reunion tak efektif sangat . Bila berjumpa tuh ada yang masih anti sosial . Bila orang ajak berbual mula tangan bersama gadget masing masing , sambil bercakap sambil taip . Bila nak maju eh kalau macam tuh . Nak set reunion  pun bukan susah bak hang macam nak buat event besar kena pakai ' paperwork' bagai  . Ada yang takde masa dan ada yang buat buat takde masa la dengan beribu alasan . Ada juga yang masa reunion tapi berpuak puak . Dia lepak dengan geng lain , yang ini lepak dengan geng lain , macam mana nak satukan ukhuwah kalau macam tu ?? .  Itulah punca punca nya bila sesuatu program atau event reunion yang tak efektif . Jadi pandai pandai kita beringat perasaan member member yang lain kalau kita buat benda mengikut keselesaan diri sendiri . Bila lagi kita nak bergelak tawa sama sama , bila lagi nak berbual berkumpul satu tempat dengan kawan kawan kalau bukan masa bujang . Nanti masing masing dah berpasangan memang takde masa la untuk buat semua tuh .
Bersama sama lah kita mendirikan ukhuwah sesama sendiri supaya kita sentiasa kenal diri masing masing sampai ke hari tua kita . Jangan lah mudah untuk memutuskan silaturahim sesama kita .
Alhamdulillah . Wassalam .

Akhir

Pengakhir sem 1 ni aku rasa macam takde benda berlaku . Exam da dekat pun aku macam tak kesah . Tak macam dekat matrik dulu . Bulan depan nak Exam UPS aku da bertungkus lumus struggle harini semata mata nak dapatkan result yang baik . Apakah yang aku mula rasa ni . Aku rasa macam kehidupan sebagai mahasiswa ni terlalu seronok sampai aku lupa tujuan aku ke sini . Aku perlukan seseorang untuk menyedarkan diri aku mungkin . Banyak jugak la aku tak ' cover 'untuk sem ni . Sekarang tengah busy buat 'assignment group' pulak . Ada tiga subjek yang ada ' assignment group ' , subjek pengantar , subjek aplikasi komputer , dengan pengurusan emosi . Serabut la juga kadang kadang . Tapi aku cuba tenangkan diri  dan cuba curi masa , bukan curi hati sesapa haha . Subjek pengurusan emosi paling aku serabut . Padahal subjek citra , tapi ada final . Padahal kalau pengurusan emosi takde exam , aku da boleh balik awal da . Pe lagi geram juga la rasa , tapi apakan daya redha jela . Da nak masuk tahun baru pun rasa macam perangai time aku form 5 dulu . Kadang kadang aku terfikir juga macam mana tokoh tokoh kat luar sana tu boleh  berjaya kekalkan pointer terbaik setiap sem , Sedangkan dorang pun mahasiswa juga dulu , akitif juga diorang dulu masa dekat universiti . Mesti dorang pandai gila bahagikan masa kepada beberapa benda penting . Tapi zaman sekarang memang susah sikit untuk bahagikan masa sebab kita ada benda yang paling melalaikan iaitu 'gadget' .Memang susah untuk kita buat sesuatu yang penting sekiranya 'gadget' sentiasa di tangan . Sempena nak masuk tahun baru ni , maafkan segala kesilapan admin sekiranya menulis blog ni dengan menggunakan kata kata kesat mahupun yang menggores hati sesapa . Yang baik datang dari Allah SWT , yang lemah dari diri saya sendiri .
                              Assalammualaikum
                         Sekian itu sahaja untuk entri                                                       akhir
                             Abam lanje sikit haha