Monday, December 14, 2015

Epilog : bermulanya sebuah puisi

Seseorang puitis memerlukan idea yang bernas bagi menyampaikan kata kata bersakti . Permulaan atau epilog sesuatu puisi adalah penting untuk menarik minat si pembaca untuk membaca puisi yang kita reka . ‘’Aku seorang lemah bebicara , tetapi aku pandai dalam percaturan kehidupan’’.  Ingat senang nak berpuitis sebenarnya . Permulaan tu biarlah menceritakan perkara yang indah indah belaka . Janganlah selitkan ayat yang tak menggambarkan pendahuluan segala ayat . Biar mula dengan langkah kanan dan berakhir dengan langkah kiri . Puisi yang menambat hati pembaca adalah puisi yang epilognya menceritakan keseluruhan cerita tetapi menggunakan Bahasa yang tinggi mencecah langit tingginya walaupun awan belum tentu dicapai . Biar bebicara seribu , tetapi tidak bermadah seorang tanpa helah . Aku memang tak pandai berpuitis okay ‘berhenti’ . Para puitis menerbitkan puisi dengan imaginasi yang tinggi , perasaan yang direka . Ada puisi yang memulakan atau epilog nya bernada sedih lagi pilu . Tetapi perasaan sedih itu sahaja direka bagi mencantikkan intonasi puisi mereka . Biar berlaku adil dalam membahagikan perasaan dalam puisi . ‘’Tidaklah aku menaruh pada dirimu , akan tetapi aku menatapi dirimu dari nun jauh di sana “ . Gasaklah orang nak menyajikan engkau perasaan yang berkelana , lupakah engkau pada Allah yang sentiasa memerhatikan setiap tindak tanduk kita . WASSALAM 

No comments:

Post a Comment