Monday, December 14, 2015

Pemimpin berkarisma , transformasi dan strategi

Berdasarkan pemimpin yang mempunyai faktor-faktor nyata kepada ciri ciri berkarisma , bertransformasi , dan berstrategi ialah adolf hitler .Adolf hitler adalah pemimpin yang paling berpengaruh di abad ke 20 yang menjadi tokoh utama jerman NAZI . Pada saya Adolf hitler adalah pemimpin yang mempunyai ciri kepimpinan yang berkarisma . Antara faktor faktor berkarisma dalam diri adolf hitler ialah ,Tajam pemikiran ,bermotivasi tinggi , Berani mengambil risiko , kemahiran berinteraksi , dan Tahu keutamaan .

Adolf hitler mempunyai pemikiran yang tajam kerana berdasarkan fakta , adolf hitler mempunyai tulisan tangan yang bersudut menunjukkan bahawa dia mempunyai pemikiran yang tajam . Adolf hitler seorang seniman semenjak kecil sebelum beliau meneruskan pembelajaran ke sekolah teknik . Ketika beliau kehilangan ibunya yang mempunyai sakit barah payudara , kehidupan beliau berlaku kemerosotan . Beliau terpaksa duduk di bangku taman di parkbenches mengharapkan derma dari orang ramai untuk terus hidup . disaat itu beliau mula bermotivasi untuk teruskan hidupnya . Sejak dari kejadian itu beliau mula mendapat mata pencariannya melalui penjualan gambar-gambar bangunan yang disalin dari poskad . Selain itu beliau mula membaca buku-buku falsafah dari penulis seperti Nietzsche, Hegel, Fichte, Treitschke dan Houston Stewart Chamberlain.Sikap seharusnya dijadikan contoh kerana sikap beliau yang cekal untuk membangunkan diri daripada kejatuhan . Beliau berani mengambil risiko ketika untuk membantu tentera jerman mengenal pasti tentera yang menyokong kerajaan revolusi pimpinan Kurt Eisner. Beliau kemudiannya, diberi tugasan yang baru iaitu sebagai perisik gerakan revolusi di Munich . Walaupun kita terpaksa mengharungi kepayahan hidup , kita hendaklah sentiasa memberanikan diri mengharungi cabaran yang bakal kita hadapi . Beliau bijak dalam kemahiran berinteraksi di hadapan orang ramai ketika beliau ditugaskan untuk menjadi perisik tanpa diketahui oleh orang ramai . Interaksi dan komunikasi yang baik adalah penting supaya kita mampu meyakinkan orang lain terhadap sikap kita . Adolf hitler mempunyai sikap tahu keutamaan kerana beliau sentiasa mengutamakan keinginannya untuk memerangi golongan yahudi dan komunis . Keutamaan dalam hidup adalah suatu perkara dalam kehidupan supaya kita tahu akan apa yang kita hendak perjuangkan dalam hidup .
Adolf hitler seorang pemimpin yang bertransformasi . Adolf hiter mula berubah selepas keluarga hitler berpindah dari harfeld ke leonding . Segalanya kelihatan elok sehinggalah September 1900 .Edmund adik lelakinya , meninggal dunia kerana menghidap sakit beguk dan ibunya meninggal . Sewaktu itu beliau mula berasa kekecewaan itu perangainya mula berubah daripada seorang lelaki yang biijak , pintar ,berkeyakinan dan patuh kepada seorang yang pemarah , suka melawan , dan tidak mendengar cakap. Hendaklah kita menjadikan sesuatu situasi yang dihadapi sebagai suatu pengajaran kepada kita pada suatu masa akan datang bukannya menjadikan suatu perkara yang negatif terjadi kepada kita untuk kita membalas segala apa keperitan yang dihadapi .Selepas beliau terlibat dalam peperangan dunia I , Beliau mula berkecimpung dalam bidang politik sewaktu beliau ditempatkan sebagai seorang perisik kepada tentera jerman . Selepas partinya NSDAP diharamkan , Hitler telah menggunakan kemenangan parti komunis sebagai suatu kesempatan untuk mencetus huru-hara. Beliau dengan jentera propagandanya telah berusaha menakutkan rakyat jelata dengan menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu membendungnya. . Beberapa ahli perniagaan terkenal yang risau dengan revolusi tersebut telah merayu kepada Paul von Hindenburg supaya Hitler dilantik sebagai Canselor. Akhirnya hitler dilantik sebagai canselor . Cuba untuk memikirkan strategi yang lain dalam menguruskan keinginan kita pada sesuatu perkara yang positif .
Adolf hitler seorang yang berkepimpinan strategi apabila beliau ingin menjadi seorang canselor jerman . Rancangan beliau gagal pada kali pertama kerana rancangan beliau untuk meminta Presiden Paul von Hindenburg menjadi seorang canselor bagi meluaskan pengaruh Parti NAZI atau NSDAP . Seterusnya beliau menggunakan helah dengan menakutkan rakyat jelata dengan huru hara yang dilakukan . Beliau menyebarkan berita kononnya kebangkitan Bolshevik akan berlaku dan hanya NSDAP mampu menanganinya .Selepas pilihan raya 1932, Hitler mencadangkan Rang Undang-Undang Enabling Bill yang memberi kuasa diktator kepadanya. Rang Undang-Undang tersebut memerlukan tiga perempat undi Reichstag dan partinya hanya mempunyai satu pertiga kerusi. Hitler hanya memerlukan sokongan Catholic Centre Party (BVP) untuk meluluskan akta ini. Hitler kemudiannya berjumpa dengan perwakilan parti ini dan menjamin hak saksama untuk gereja Katolik. Akhirnya parti Nazi berjaya mendapat sokongan parti BVP dan akta ini diluluskan. Walaupun kita menghadapi kekalahan pada pertama kali , usahlah berputus asa , cuba memikirkan strategi yang lebih bagus untuk kita mencapai perkara yang kita inginkan .



No comments:

Post a Comment