Sunday, December 06, 2015

Akhir

Pengakhir sem 1 ni aku rasa macam takde benda berlaku . Exam da dekat pun aku macam tak kesah . Tak macam dekat matrik dulu . Bulan depan nak Exam UPS aku da bertungkus lumus struggle harini semata mata nak dapatkan result yang baik . Apakah yang aku mula rasa ni . Aku rasa macam kehidupan sebagai mahasiswa ni terlalu seronok sampai aku lupa tujuan aku ke sini . Aku perlukan seseorang untuk menyedarkan diri aku mungkin . Banyak jugak la aku tak ' cover 'untuk sem ni . Sekarang tengah busy buat 'assignment group' pulak . Ada tiga subjek yang ada ' assignment group ' , subjek pengantar , subjek aplikasi komputer , dengan pengurusan emosi . Serabut la juga kadang kadang . Tapi aku cuba tenangkan diri  dan cuba curi masa , bukan curi hati sesapa haha . Subjek pengurusan emosi paling aku serabut . Padahal subjek citra , tapi ada final . Padahal kalau pengurusan emosi takde exam , aku da boleh balik awal da . Pe lagi geram juga la rasa , tapi apakan daya redha jela . Da nak masuk tahun baru pun rasa macam perangai time aku form 5 dulu . Kadang kadang aku terfikir juga macam mana tokoh tokoh kat luar sana tu boleh  berjaya kekalkan pointer terbaik setiap sem , Sedangkan dorang pun mahasiswa juga dulu , akitif juga diorang dulu masa dekat universiti . Mesti dorang pandai gila bahagikan masa kepada beberapa benda penting . Tapi zaman sekarang memang susah sikit untuk bahagikan masa sebab kita ada benda yang paling melalaikan iaitu 'gadget' .Memang susah untuk kita buat sesuatu yang penting sekiranya 'gadget' sentiasa di tangan . Sempena nak masuk tahun baru ni , maafkan segala kesilapan admin sekiranya menulis blog ni dengan menggunakan kata kata kesat mahupun yang menggores hati sesapa . Yang baik datang dari Allah SWT , yang lemah dari diri saya sendiri .
                              Assalammualaikum
                         Sekian itu sahaja untuk entri                                                       akhir
                             Abam lanje sikit haha

2 comments:

  1. Good luck utk sem 1 nie bro..fokus study tau...😊😊😊😊

    ReplyDelete
  2. Good luck utk sem 1 nie bro..fokus study tau...😊😊😊😊

    ReplyDelete