Monday, November 30, 2015

Kesabaran

Kesabaran menguji tahap emosi seseorang terhadap masalah yang dihadapi . Kesabaran sangat lah penting supaya hasil yang dinantikan adalah yang terbaik daripada apa yang disangkakan . Seorang insan yang bergelar lelaki , suami , kaum adam dan sebagainya sering terkenal kepada sifat kesabaran . Seorang lelaki lebih bersabar apabila dimarahi oleh seorang perempuan . Perasaan sabar ini dikawal supaya keadaan menjadi terkawal . Biarlah kita hidup dengan kesabaran , supaya hati kita tenang tanpa dosa yang melekat pada diri kita . Kesabaran diperlukan apabila mahu kahwin . Sekiranya inginkan calon yang terbaik maka tunggulah seseorang yang kita inginkan bukan terburu buru mencari awek atau berpacaran . Ketika menunggu giliran untuk diberikan perkhidmatan , seharusnya kita mempunyai etika yang teratur iaitu beratur sehingga giliran dipanggil . Orang besabar menunjukkan dirinya seorang yang bijak .Jadikan kesabaran sebagai sesuatu kebiasaan . Sentiasa cuba untuk senyum walaupun sesuatu permasalahan itu menyakitkan . Cuba identifikasi sesuatu permasalahan dihadapi untuk melatih diri kita untuk menghadam sifat kesabaran . Sentiasa lah berfikiran terbuka dan positif pada benda yang kita rasa tidak sesuai atau menakutkan .  Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan shalat) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar ” (Q.S. Al-Baqarah 153)

No comments:

Post a Comment