Assalammualaikum wbt
Sesal adalah tajuk yang paling killer sikit haha . Sesal
adalah perasaan yang sangat sakit yang ada pada diri kita semua . Sesal dapat
diatasi dengan perubahan sikap kita sendiri .
Aku nak kongsikan sikit rasa sesal aku yang sangat padu . Baru baru ni sesal aku rasa terhadap diri aku sendiri . Sesal yang aku rasa
1)sesal sebab aku terlebih berfoya foya
2)Terlalu mengendahkan kehidupan di universiti
3)Tidak belajar pada waktu yang awal iaitu pada sebulan sebelum peperiksaan
Yang pertama sekali , sesal sebab aku terlebih berfoya foya . Berfoya foya ni sangat senang membuatkanku lalai terhadap keutamaan aku berada di universiti iaitu untuk belajar . Kelalaian ni senang diuji apabila kita sedang memikirkan sesuatu yang menyeronokkan . Aku rasa berfoya foya sangat akhir akhir ini dan aku sedang mencari jalan untuk kembali ke pangkal jalan
Seterusnya ialah terlalu mengendahkan kehidupan di universiti . Aku sehingga harini tidak dapat menyesuaikan diri di universiti . Masih susah untuk aku mencari rentak untuk kehidupan di universiti .Rentak yang sepatutnya digunakan amat sukar untuk diperolehi .
Akhirnya , tidak belajar pada waktu yang awal iaitu sebulan
sebelum peperiksaan . aku terlalu terikut ikut cara kehidupan di matrik .


