Sunday, October 18, 2015

Bersyukur

Bersyukur lah kita kepada apa yang kita miliki kerana pada masa hadapan mungkin kita tidak akan peroleh apa yang miliki sekarang .
Pada tajuk bersyukur ni aku akan cerita sikit pengalaman aku tentang bersyukur . Bersyukur ni adalah perlu supaya kita akan sentiasa rasa cukup dalam kehidupan . Pada ketika dahulu aku adalah seorang yang sangat cerewet dan tidak bersyukur . Ada kalanya makanan yang aku tidak suka dan aku terbeli aku akan buang tanpa menghiraukan perasaan orang lain yang buat macam tuh . Sampai satu masa aku terlibat dalam satu kemalangan di suatu tempat yang tiada orang . Pada ketika itu aku seorang dan tiada sesiapa di tempat itu . Hanphone aku mati , duit aku tinggal berapa sen je and motor aku rosak teruk . Aku dengan keadaan yang sakit aku tetap berjalan mencari telefon awam . Aku cuba telefon rumah tiada seorang pun yang menjawab panggilan aku itu . Aku cuba telefon 999 dan akhirnya mereka menghantar ambulance untuk membawa aku ke hospital . Sejak ketika itu aku rasa bersyukur yang teramat sangat kerana Allah cuba menguji ku . Bersyukur la kita tidak hanya pada perbuatan malah pada hati dan jati diri . Bersyukur tidak perlu ditunggu masanya , bersyukur ketika kita berada dalam kesenangan kerana orang yang lebih memerlukan daripada kita mereka sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat kehidupan yang diberi 
 TERIMA KASIH 
WASSALAM 

No comments:

Post a Comment