Monday, October 12, 2015

BEBAS

Assalammualaikum wbt
yang ini adalah tajuk kedua iaitu bebas .Bebas juga seperti tindakan kita dalam melakukan sesuatu perkara .Bebas boleh dikategorikan sebagai kebebasan yang positif atau negatif . Bebas dari segi positif adalah perbuatan yang kita ingin sendiri aturkan tetapi ke arah kebaikan . iaitu kebebasan untuk berfikir secara logikal, melakukan ibadah , dan beriadah bersama kawan kawan dalam bila bila masa .Bebas juga ada batasan nya dari segi pergaulan , tempat dan masa . iaitu pergaulan harus dijaga mengikut syarak yang telah ditentukan mesti lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan antara satu sama lain .Batasan dari segi tempat pula mestilah di tempat terbuka bukan tempat yang gelap . Batasan dari segi masa pula pada waktu yang sesuai sbg. contoh pada waktu siang dan perlu juga elakkan daripada melakukan aktiviti pada waktu malam .
Dalam kategori negatif pula banyak berlaku pada remaja pada masa kini . Isu remaja terlibat dalam kebesan negatif adalah disebabkan remaja yang suka terikut ikut dengan perkara dalam peredaran masa . Remaja banyak terlibat dalam masalah pergaulan bebas . da terlalu bebas sangat da tu haha. Remaja ni lebih suka melepak tak kira jantina pada waktu malam pada masa kini . Ini adalah sikap ibu bapa yang tidak kisah apa yang berlaku terhadap anak anak mereka .
Bagi saya bebas ni adalah perkara yang paling menyeronokkan kerana setiap pergerakan kita tidak ditegur tetapi bebas ni haruslah bertempat dan perlu juga dipantau dari jauh oleh orang lain .

No comments:

Post a Comment