Beban sering dikaitkan dengan sesuatu yang menyusahkan ,memeritkan dan memenatkan kita untuk menjalani kehidupan . Beban akan dipikul setiap orang kerana ia seolah olah telah menjadi lumrah kehidupan samada beban terhadap hutang , beban terhadap tanggungjawab diberi , beban terhadap permasalahan kekeluargaan , beban terhadap subject atau assignment dan lain lain . Beban terhadap tanggungjawab sering berlaku terhadap seseorang yang memegang jawatan yang besar . Semakin besar jawatan yang dipegang semakin besar tanggungjawab yang dipikul . Malah seseorang yang mempunyai tanggungjawab yang besar juga boleh berisiko memikul dosa yang besar sebagai contoh pegawai yang suka memakan duit rasuah, pegawai yang menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang bertugas secara sambil lewa . Beban terhadap permasalahan kekeluargaan merangkumi kewangan untuk masa depan dan sikap atau peranan masing masing dalam sebuah keluarga . Dalam permasalahan kekeluargaan ni saya akan kupas sedikit mengenai kewangan untuk masa depan keluarga . Banyak kes perceraian berpunca daripada kewangan dalam sebuah keluarga yang tidak berapa kukuh yang disebabkan oleh sikap boros masing masing . Sebagai ketua keluarga anda harus menentukan strategi dalam penggunaan wang untuk dibelanjakan . Simpanan untuk anak anak dan keluarga perlu dibuat supaya penjimatan menggunakan wang dapat dilakukan . Dalam konteks beban terhadap assignment ditujukan kepada pelajar . Perkara ini sering berlaku kepada saya juga hehe . Maklum lah orang yang selalu sibuk dengan duniawi . Sebagai pelajar kita perlu mengatur jadual ataupun menulis nota dan tampal pada board di bilik masing masing . Dengan cara itu kita akan sentiasa mengingati apa yang perlu dibuat seterusnya dapat membuat jadual yang teratur .
THANK YOU
WASSALAM .
No comments:
Post a Comment