Assalammualaikum wbt dan selamat pagi . Tajuk pada minggu ni unik sikit haha .
Tema minggu ni adalah 10.10 , apa tu 10.10 ?masa ke ?tarikh ke ?ukuran ke ?okay benda yang aku nak ceritakan pasal 10.10 ni ialah 10:10 malam . Ada suatu malam tuh semua roomate aku da tidur pada pukul 10:10 malam aku terdengar suara kaki sedang berjalan dan berlompat . aku ingin ke tandas sewaktu itu . Memang seram gila laa . Haha da mcm cerita misteri jam 12 la pulak . Okay sambung balik , aku pun ke toilet . Selepas balik dari tandas aku pun sambung study dan terdengar lagi bunyi orang berjalan dan berlompat lagi . Aku mula rasa seram pada waktu itu . Aku keluar dari bilik lalu mencari punca nya bunyi itu dari mana . Lalu berjalan berdekatan tangga bili aku aku terlihat salah seorang daripada classmate aku iaitu iwan . Dia tidur sambil berjalan pada ketika itu . Lalu aku gelak terbahak bahak terkahak kahak hahaha . Lalu aku menyedarkan nya dari mimpi yang tidak disedarinya lalu membawa nya ke biliknya . Iwan malu kerana kegiatannya diketahui aku dan meminta aku untuk tutup rahsianya hahaha . Itulah cerita yang paling seram aku nak cerita iaitu pada 10:10 malam pada hari bulan 10/10
No comments:
Post a Comment