Friday, October 02, 2015

MENTOR




assalammualaikum wbt ,okay minggu ni diberi tugasan untuk post pasal mentor . kalau diikutkan ramai mentor aku ni . mentor ni seseorang yang kita boleh jadikan sebagai ikutan atau ikon kepada diri kita dalam aspek positif . tapi mentor ni seseorang yang kita perlu lihat dari dasar yang mendalam macam perlakuan dia terhadap masyarakat lain, tentang sikap dia yang sebenar iaitu bukan depan lain belakang lain , yang ada sifat mulia yang semulajadi dan sebagainya .
    Mentor aku adalah tun Dato'sri Dr. Mahathir Mohamad iaitu mantan perdana menteri malaysia yang ke 4. Beliau telah menunjukkan kemampuan dan kehebatan beliau dalam mentadbir negara selama 22 tahun dari tahun 1981-2003 .Aku kagum dengan beliau sebab beliau tidak berputus asa semasa ekonomi malaysia dilanda kemelesetan untuk meminjam wang daripada bank dunia sehinggakan zaman tersebut pudar . Walaupun daripada jurusan doktor perubatan beliau juga hebat dalam mengatur ekonomi malaysia . Tun adalah seorang yang penyabar di mana beliau pernah kalah pilihan raya dan dibuang daripada kabinet , tetapi beliau tetap bangkit selepas tunku abdul rahman letak jawatan beliau kembali memasuki UMNO dan parlimen .Pada tahun 76 beliau di tawarkan untuk menjadi timbalan perdana menteri dan pada tahun 1981 beliau menjadi perdana menteri selepas perletakan jawatan oleh tun hussein onn . Tun dr Mahathir juga merupakan pencetus kepada akta ISA dan tegas dalam mentadbir negara . Beliau juga bijak dalam mengatur persahabatan antara negara di mana beliau tidak melebihkan kepada mana mana negara dalam bahasa bola sepak fair play .Tun juga banyak membangunkan negara dengan pesat tulah yang membuatkan aku kagum kerana jasa beliau menyebabkan negara kita ini tetap disebut-sebut oleh negara luar walaupun kita sebuah negara yang kecil .

No comments:

Post a Comment