Kesabaran menguji tahap emosi seseorang terhadap masalah
yang dihadapi . Kesabaran sangat lah penting supaya hasil yang dinantikan
adalah yang terbaik daripada apa yang disangkakan . Seorang insan yang bergelar
lelaki , suami , kaum adam dan sebagainya sering terkenal kepada sifat
kesabaran . Seorang lelaki lebih bersabar apabila dimarahi oleh seorang
perempuan . Perasaan sabar ini dikawal supaya keadaan menjadi terkawal .
Biarlah kita hidup dengan kesabaran , supaya hati kita tenang tanpa dosa yang
melekat pada diri kita . Kesabaran diperlukan apabila mahu kahwin . Sekiranya
inginkan calon yang terbaik maka tunggulah seseorang yang kita inginkan bukan
terburu buru mencari awek atau berpacaran . Ketika menunggu giliran untuk
diberikan perkhidmatan , seharusnya kita mempunyai etika yang teratur iaitu
beratur sehingga giliran dipanggil . Orang besabar menunjukkan dirinya seorang
yang bijak .Jadikan kesabaran sebagai sesuatu kebiasaan . Sentiasa cuba untuk
senyum walaupun sesuatu permasalahan itu menyakitkan . Cuba identifikasi
sesuatu permasalahan dihadapi untuk melatih diri kita untuk menghadam sifat
kesabaran . Sentiasa lah berfikiran terbuka dan positif pada benda yang kita
rasa tidak sesuai atau menakutkan . Hai
orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
(mengerjakan shalat) sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar ” (Q.S.
Al-Baqarah 153)
Monday, November 30, 2015
Sunday, November 29, 2015
I=IDAMAN
Idaman hati mengusik jiwa kalbu . Idaman sesuatu yang kita minat tetapi amat sukar untuk dicapai ." Kau lah idaman bagi diriku ini ". Itulah kata kata mamat jiwang kepada seseorang perempuan . Kadang kala seseorang lelaki inginkan dirinya menjadi idaman bagi gadis gadis . Ada yang cuba melihatkan atau menayangkan kekuatan di hadapan perempuan semata mata untuk menunjukkan bakat yang terpendam olehnya haha . Ada juga yang menjadikan seseorang sebagai idaman dirinya untuk dijadikan pembakar semangat . Selalunya idola yang diidamankan ialah tokoh tokoh yang berjaya , pemain sukan , dan seseorang yang kuat berusaha sehinggakan dirinya mencapai cita cita sehingga ke puncak everest . Ada juga yang menjadikan idaman dan niatkan untuk memperoleh sesuatu yang diidamkan dengan cara mencuri . Perkataan idaman boleh ke arah
Perkara positif mahupun negatif . Idaman penting untuk seseorang memotivasikan dirinya untuk jadi yang lebih terbaik . Apabila seseorang itu telah menetapkan target capaiannya maka ia akan berusaha bersungguh demi mendapatkannya . Jadi perlulah kita bijak apabila mengidamankan sesuatu .
Wassalam
Wassalam
Monday, November 23, 2015
Kemanisan Hati yang suci
Assalammualaikum wbt
Apakah kemanisan hati yang suci ?
Ialah sesuatu perkara yang kita nikmati dengan penuh rasa bermakna pada hati yang suci . Kesucian hati ini amatlah sukar untuk dicari pada zaman pembangunan yang pesat ini . Hati yang suci tidaklah hanya pada kewarakan seseorang , tetapi pada sikapnya apabila berada di sekeliling masyarakat . Pernahkah kita terfikir untuk amalkan sikap tolong menolong ?tentulah tidak , kerana kita lebih mementingkan duniawi iaitu dunia kita sendiri tanpa perlu memikirkan masalah orang lain . Pernahkah kita terfikir untuk membalas budi kepada orang yang pernah lukakan hati kita ? Tentu pernah terdetik perasaan ego yang kuat dalam diri kita . Pernahkah kita terasa ingin membantu binatang di jalanan mencari makanan terutamanya anjing atau binatang yang haram dipegang di dalam islam ? Tentu wujud perkataan " eh jangan binatang itu kita tk boleh pegang jadi biarkanlah dia susah " dalam kamus hidup kita . Maka banyakkanlah kita membaca kitab suci Al-quran supaya hati kita ini tidak mudah dinoda oleh syaitan untuk sentiasa melakukan maksiat . Hapuskanlah perasaan benci membenci , pudarkanlah keegoan tinggi dalam diri kita , putihkanlah titik yang gelap dalam hati kita . Tingkatkanlah keyakinan yang lebih dalam diri untuk melakukan kebaikan agar kemanisan hati yang suci dapat dinikmati sentiasa .

Saturday, November 21, 2015
Tikam
Kau seorang penikam !!
Penikam seorang jejaka mahupun perawan yang akan melakukan apa sahaja demi penderitaan orang lain .Penikam tidak kira pada tempat , rakan mahupun saudara sendiri . Si penikam suka lakukan tikaman daripada belakang yang menunjukkan si penikam ini tidak berani bersemuka atau pengecut .
"Aku bebas di luar sana !! HAHA , Tiada siapa mengenal akan kekuatan aku seorang Penikam ". Keriakan seorang penikam sangat lah dipandang hina lagi keji . Penikam ini tidaklah mempunyai rakan yang ramai , disebabkan ramai yang tidak berkenan dengan sifat kekejiannya itu . "Apa yang aku lakukan adalah menjamin kepuasan aku sebagai seorang penikam , HAHAHA !!" . Pada diri seorang penikam mereka melakukanya sebagai kepuasan hati mereka demi melihat orang sekelilingnya menderita ketangisan . Mereka ini haruslah dihapuskan supaya tidak membawa penderitaan yang berterusan . " Aku sebagai perangkap manusia yang mengejar kemewahan dan cita-cita " . Mereka ini boleh ditafsirkan sebagai syaitan yang bertopengkan manusia . Mereka suka lihat sahabat handai mereka sendiri jatuh kemiskinan atau tidak melebihi daripadanya . Seorang penikam selalunya mewarisi sikap busuk hati juga . "Aku berkeinginan untuk menakluki apa yang ditakluki oleh mereka !". Biarlah golongan ini berada di atas bara api dan terus terbakar jiwa mereka dan terosaknya hati mereka .

Friday, November 13, 2015
Kejujuran Pada Hati
Assalamualaikum wbt
Zaman sekarang seseorang yang meletakkan kejujuran pada hati amatlah sukar untuk dijumpai . Seolah olah seseorang yang mempunyai sifat sedemikian cuma ada satu daripada seribu . Manusia yang tidak jujur kadang kala sukar diberikan kepercayaan penuh kerana mereka akan menggunakan kesempatan itu untuk melakukan sesuatu yang tidak baik . Kejujuran pada hati ialah meletakkan sesuatu tanggungjawab atau amanah sebagai keutamaan mereka supaya tidak mengingkari dan melaksanakan sesuatu perkara seperti yang diamanahkan . Sikap ini amatlah penting supaya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi daripada orang lain terhadap kita mudah untuk diperolehi dan dinilai .Dari Ibnu Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: “Sesungguhnya Kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang selalu berbuat jujur sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang jujur. Dan sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada Kejahatan dan sesungguhnya Kejahatan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang yang selalu berdusta maka dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang pendusta.”(Muttafaq ‘alaih) . Sebagai contoh situasi di bank bos anda memberikan anda tanggungjawab untuk menjaga kaunter untuk menguruskan pembukaan akaun , janganlah anda menghilangkan diri untuk menghisap rokok, bermain telefon bimbit semasa kerja . Contoh situasi kedua syarikat pembuatan logam , anda seorang pengurus kewangan dan bos anda memberikan anda amanah untuk menguruskan aliran keluar duit untuk membeli mesin . Janganlah anda mengambil untung sendiri (untung kocek) di atas pembelian mesin itu . Maka duit keuntungan yang diperolehi adalah sumber yang haram . Oleh itu cubalah menjadi seorang yang jujur dalam kehidupan , biarlah orang sekeliling kita tidak jujur tetapi kita menunjukkan contoh yang mulia . Kejujuran pada hati ni adalah suatu sifat yang sangat bernilai di mata masyarakat dan Allah SWT . Beringatlah kita bahawa '' kejujuran itu adalah ketenangan manakala kedustaan itu adalah kebimbangan ''.

Cuti
Alhamdulillah
cuti kali ini sangatlah tidak hambar seperti sebelum ini . Cuti kali ni banyak diluangkan bersama keluarga , rakan-rakan dan rakan istimewa haha . Tetapi cuti kali ni memang sepenuhnya diisi tanpa ada satu pun masa kosong tidak melakukan apa-apa . Cuti ni tidaklah susah untuk membuatkan ia nampak seronok cuma setiap masa itu kita perlu cuba memanfaatkannya iaitu dengan mengisi masa lapang dengan sempurna . Lebih baik jika sebelum cuti tu kita menyenaraikan aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang waktu cuti . Sekiranya senarai aktiviti telah dilakukan terlebih dahulu , maka ketika cuti sedang berlangsung tidaklah kita harus memikirkan apa yang hendak dilakukan setiap masa dan akhirnya sesuatu yang ingin kita lakukan tidak dapat dilaksanakan . Jadi seeloknya lakukan senarai awal supaya cuti kita adalah masa yang sempurna untuk merehatkan minda daripa stres kerja , stres belajar dan sebagainya . Kebanyakan pelajar di malaysia tidak kira pelajar sekolah mahupun pelajar universiti banyak menghabiskan masa membuat tugasan tanpa menikmati rasa cuti yang sebenar yang menenangkan . Ketika cuti juga perlulah melakukan aktiviti riadah seperti jogging , berbasikal, 'hiking', dan aktiviti lasak yang lain . Ini kerana aktiviti tersebut dapat menghilangkan tekanan apabila kita rasa gembira melakukan aktiviti bersama rakan rakan atau keluarga di samping menyihatkan badan . Hal ini kerana apabila kita melakukan aktiviti bersama rakan ia dapat mengukuhkan silaturahim . Dari Anas bin Malik, Rasulullah
saw bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu
yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani).Oleh itu lakukanlah perancangan waktu cuti sebelum nikmat cuti itu tidak bermakna kepada kita . Sekian .
Wednesday, November 11, 2015
PILIHAN DI HATI
Assalamualaikum wbt
Adakalanya sukar untuk menentukan pilihan di hati . Kadang kala pilihan yang dibuat tidak semestinya kena dengan hati pada suatu saat . Pilihan di hati ni memerlukan seseorang bagus dalam membuat keputusan . Orang cakap biar hati kering dalam membuat keputusan pilihan di hati ni . Sekarang saya nak kupas sedikit pilihan hati saya . Dalam konteks diri saya , pilihan di hati ni adalah sukar untuk ditentukan walaupun hati ini milik kita sendiri . Sesuatu pilihan yang terbaik kadang kala datang untuk sementara tanpa kita sedari . Jadi ia memerlukan kesedaran oleh kita sendiri untuk melihat kepentingan setiap pilihan yang datang kepada kita . Ini kerana manusia hanya mampu merancang hanya Allah swt yang menentukan . Sebagai contoh , pilihan kita untuk memilih jenis biasiswa yang kita terima . Satu menawarkan RM 10k memerlukan 3.0 pngk untuk setahun manakala yang satu lagi menawarkan RM 20K untuk setahun memerlukan 4.0 pngk . Tetapi kemampuan kita hanya pada tahap minimum untuk mencapai keperluan yang ditawarkan . Jadi telah berlaku kekeliruan untuk membuat pilihan di hati .Pilihan hati juga tidak semestinya dilakukan pada keraguan kita . Jadi hendaklah kita merujuk kepada orang yang kita benar benar percaya juga jikalau kita tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri . Rujukan kepada orang lain juga harus kita kaji dahulu sebelum membuat keputusan muktamad .Jangan merujuk kepada seorang sahaja minta lah pendapat daripada orang lain juga .

Tuesday, November 10, 2015
Nafsu
Assalammualaikum wbt
Nafsu adalah suatu perkataan yang menghairahkan haha . Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat . Nafsu ni dapat dikawal sekiranya seseorang itu mempunyai iman yang mantap . Nafsu seorang juga dapat dikawal sekiranya seseorang itu tidak dipengaruhi oleh orang lain samada sahabat sendiri atau orang lain yang tidak begitu dikenali . Pada kata lain nafsu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik . Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual . Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual . Nafsu yang ingin diketengahkan adalah hawa nafsu . Kebiasaan hawa nafsu ni sering dikaitkan dengan kehidupan kita seharian . Seperti yang diperkatakan tadi , adakalanya ia dihubungkan dengan makanan . Pasti semua orang ada perasaan keghairahan apabila melihat makanan yang disukai ?? . Mesti wujud perasaan ingin membelinya . Adakalanya kita juga mempunyai nafsu untuk membeli sesuatu makanan yang kita suka demi memuaskan hati sendiri yang terluka atau terlalu gembira . Adakalanya nafsu itu mengawal sehingga seseorang itu rasa dirinya terlampau tetapi tetap meneruskan tabiatnya . Sebagai contoh , selalu terjadi pada wanita apabila makan makanan yang disukainya dan perasan dengan keterlebihan dalam pengambilannya tetapi tetap degil terus mengamalkannya . Nafsu seterusnya adalah nafsu terhadap membeli belah . Selalunya terjadi pada wanita kerana kaum hawa lebih sukakan shopping berbanding riadah . Nafsu ini menjadi corak kehidupan wanita zaman sekarang .Kaum hawa sanggup menghabiskan duit mereka yang banyak demi kepuasan mereka dalam membeli belah .Sebagai kesimpulan , kaum hawa perlulah mengawal tabiat yang seperti yang saya perkatakan tadi .

Sunday, November 01, 2015
Berfungsi
Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita jadi seseorang yang berfungsi di kalangan kawan kawan . Kadang kala orang di sekeliling selain daripada keluarga iaitu kawan menyalahgunakan perkataan berfungsi di kalangan kawan kawan . Sebagai contoh , ada dikalangan rakan rakan menggunakan seseorang itu dan menganggap dia berfungsi disebabkan wang . Sangat susah untuk mencari rakan yang tidak menggunakan rakan sendiri untuk kepentingan diri sendiri seperti contoh yang saya perkatakan tadi . Menjadi seorang yang berfungsi sebenarnya tidaklah pada kekayaan tetapi pada harga diri . Berdasarkan teori saya sebagai rakan yang berfungsi adalah kita cuba adakan diri ketika rakan kita memerlukan kita . Itu barulah nama member bro ! Tidak mementingkan diri . Kerana saya percaya bahawa apabila kita ada ketika mereka memerlukan akan ada mereka untuk saya apabila saya memerlukan . Berfungsi untuk rakan rakan juga harus dititikberatkan dalam diri kita sesama sendiri kerana pada akhirnya kefungsian kita itu dapat dinilai oleh semua orang yang kita kenali . Letak lah berfungsi sebagai amalan yang baik dikalangan kita .
Sekian , wassalam
Sekian , wassalam
Resah
Resah adalah tajuk yang akan aku pilih sebagai tajuk bebas minggu ni . Resah ni adalah perasaan yang tidak menentu iaitu sesuatu perasaan bercampur aduk seperti takut , kerisauan dan emosi . Resah ni boleh diubati dengan sesuatu perbuatan yang sangat lawak . Sebagai contoh , ketika waktu kita hendak menghadapi peperiksaan , mestilah perasaan yang sangat resah dan tersangatlah cemas boleh pulak salah seorang kawan kita buat lawak bodoh . Dengan cara itu perasaan resah dapat diubati selesai . Contoh lain pula , ketika rasa resah semacam , dengan cara menelefon ibu atau bapa kita dapat juga mengubati perasaan resah itu . Selain itu , dengan membaca kalam Allah iaitu Al quran juga turut menenangkan kita daripada keresahan . Cerita aku tentang resah ni amatlah aku rasa pada siang tadi . Perasaan itu datang ketika aku menghadapi peperiksaan pertengahan perakaunan . Time da nak exam boleh la pulak tertidur . Dala study kejap je then tertidur la pulak . Da masuk dewan peperiksaan tuh boleh pulak kertas jawapan tak cukup lagi la bertambah resah Haha . Panggil punye panggil examiner tiada seorang pun perasan lagi la bertambah resah . Last last aku habiskan jawab peperiksaan dengan hati yang tabah . Okay itu sahaja cerita aku pasal resah .
Wassalam
Wassalam
MAKANAN
Assalammualaikum w.b.t
Nama saya shamim dan saya tk pena rasa cukup makan astaghfirullahalazim tak bersyukur pulak tuh , cehh sebenarnya cukup tapi ikut keperluan seseorang lah . "Ketika makan berhenti lah kita sebelum kenyang" . Okay minggu ni nak cerita pasal makanan sebenarnya . Dalam banyak banyak makanan siapa suka makan laksa johor ?? Okay saya je kot . Bangga jadi johorean sebenarnya sebab tuh tanya haha . Okay berbalik pada tajuk iaitu makanan , antara makanan yang paling tempatan lah sangat apa dia ?? Nasi lemak , laksa penang ,laksam,laksa johor , kuih talam , kuih seri muka , kuih talam cendol , lontong , rendang , dan lain lain . Makanan yang sihat ?? Makanan yang kurang berminyak , kurang santan bermaksud yang kurang berlemak , yang garam nya tidak terlebih , yang ajinaikmotor dia tidak terlebih haha silap pulak ajinomoto dan sayur sayuran serta buah buahan . Makanan yang lebih elok untuk dimakan adalah yang berebus , seperti telur rebus , telur separuh masak , sup sayur , ayam rebus , ikan rebus , dan lain lain . Makanan yang berebus ni adalah makanan yang paling sikit keluarkan makanan dalam kaedahnya . Kebanyakan orang malaysia ramai yang perut kedepan mcm tayat spare berpunca daripada pengambilan nasi . Ini kerana nasi adalah pengeluar kepada tenaga , dan kebanyakan rakyat malaysia suka tabiat selepas makan tidur terus dan terus menyimpan tenaga yang diperolehi daripada . Bukan nak kata saya ni lupa asal usul , tapi berdasarkan pemerhatian kajian banyak perkatakan begitu . Jadi kurang kurangkan lah pengambilan nasi bagi mengelakkan perut yang boroi macam tayar lori hahaha .
Sekian ,
Hermistate (shamim)

Subscribe to:
Comments (Atom)