Sunday, November 01, 2015

Resah

Resah adalah tajuk yang akan aku pilih sebagai tajuk bebas minggu ni . Resah ni adalah perasaan yang tidak menentu iaitu sesuatu perasaan bercampur aduk seperti takut , kerisauan dan emosi . Resah ni boleh diubati dengan sesuatu perbuatan yang sangat lawak . Sebagai contoh , ketika waktu kita hendak menghadapi peperiksaan , mestilah perasaan yang sangat resah dan tersangatlah cemas boleh pulak salah seorang kawan kita buat lawak bodoh . Dengan cara itu perasaan resah dapat diubati selesai . Contoh lain pula , ketika rasa resah semacam , dengan cara menelefon ibu atau bapa kita dapat juga mengubati perasaan resah itu . Selain itu , dengan membaca kalam Allah iaitu Al quran juga turut menenangkan kita daripada keresahan . Cerita aku tentang resah ni amatlah aku rasa pada siang tadi . Perasaan itu datang ketika aku menghadapi peperiksaan pertengahan perakaunan . Time da nak exam boleh la pulak tertidur . Dala study kejap je then tertidur la pulak . Da masuk dewan peperiksaan tuh boleh pulak kertas jawapan tak cukup lagi la bertambah resah Haha . Panggil punye panggil examiner tiada seorang pun perasan lagi la bertambah resah . Last last aku habiskan jawab peperiksaan dengan hati yang tabah . Okay itu sahaja cerita aku pasal resah .
 Wassalam

No comments:

Post a Comment