Assalammualaikum wbt
Nafsu adalah suatu perkataan yang menghairahkan haha . Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat . Nafsu ni dapat dikawal sekiranya seseorang itu mempunyai iman yang mantap . Nafsu seorang juga dapat dikawal sekiranya seseorang itu tidak dipengaruhi oleh orang lain samada sahabat sendiri atau orang lain yang tidak begitu dikenali . Pada kata lain nafsu dibahagikan kepada tiga jenis iaitu hawa nafsu, biasanya dikaitkan dengan dorongan hati yang kuat untuk melakukan perkara yang tidak baik . Adakalanya bermakna selera, jika dihubungkan dengan makanan. Nafsu syahwat pula bererti keberahian atau keinginan/kecenderungan khusus dalam hal berkait dengan seksual . Nafsu serakah pula bererti nafsu yang tidak ditahan, tanpa batasan dalam segala hal terutamanya dalam hal berkait dengan seksual . Nafsu yang ingin diketengahkan adalah hawa nafsu . Kebiasaan hawa nafsu ni sering dikaitkan dengan kehidupan kita seharian . Seperti yang diperkatakan tadi , adakalanya ia dihubungkan dengan makanan . Pasti semua orang ada perasaan keghairahan apabila melihat makanan yang disukai ?? . Mesti wujud perasaan ingin membelinya . Adakalanya kita juga mempunyai nafsu untuk membeli sesuatu makanan yang kita suka demi memuaskan hati sendiri yang terluka atau terlalu gembira . Adakalanya nafsu itu mengawal sehingga seseorang itu rasa dirinya terlampau tetapi tetap meneruskan tabiatnya . Sebagai contoh , selalu terjadi pada wanita apabila makan makanan yang disukainya dan perasan dengan keterlebihan dalam pengambilannya tetapi tetap degil terus mengamalkannya . Nafsu seterusnya adalah nafsu terhadap membeli belah . Selalunya terjadi pada wanita kerana kaum hawa lebih sukakan shopping berbanding riadah . Nafsu ini menjadi corak kehidupan wanita zaman sekarang .Kaum hawa sanggup menghabiskan duit mereka yang banyak demi kepuasan mereka dalam membeli belah .Sebagai kesimpulan , kaum hawa perlulah mengawal tabiat yang seperti yang saya perkatakan tadi .
No comments:
Post a Comment