Friday, November 13, 2015

Kejujuran Pada Hati


Assalamualaikum wbt
Zaman sekarang seseorang yang meletakkan kejujuran pada hati amatlah sukar untuk dijumpai . Seolah olah seseorang yang mempunyai sifat sedemikian cuma ada satu daripada seribu . Manusia yang tidak jujur kadang kala sukar diberikan kepercayaan penuh kerana mereka akan menggunakan kesempatan itu untuk melakukan  sesuatu yang tidak baik . Kejujuran pada hati ialah meletakkan sesuatu tanggungjawab atau amanah sebagai keutamaan mereka supaya tidak mengingkari dan melaksanakan sesuatu perkara seperti yang diamanahkan . Sikap ini amatlah penting supaya kepercayaan dan keyakinan yang tinggi daripada orang lain terhadap kita mudah untuk diperolehi dan dinilai .Dari Ibnu Mas’ud RA dari Nabi Muhammad SAW, sabdanya: “Sesungguhnya Kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan sesungguhnya kebaikan itu menunjukkan ke syurga dan sesungguhnya seseorang selalu berbuat jujur sehingga dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang jujur. Dan sesungguhnya dusta itu menunjukkan kepada Kejahatan dan sesungguhnya Kejahatan itu menunjukkan kepada neraka dan sesungguhnya seseorang yang selalu berdusta maka dicatatlah di sisi Allah sebagai seorang yang pendusta.”(Muttafaq ‘alaih) . Sebagai contoh situasi di bank bos anda memberikan anda tanggungjawab untuk menjaga kaunter untuk menguruskan pembukaan akaun , janganlah anda menghilangkan diri untuk menghisap rokok, bermain telefon bimbit semasa kerja . Contoh situasi kedua syarikat pembuatan logam , anda seorang pengurus kewangan dan bos anda memberikan anda amanah untuk menguruskan aliran keluar duit untuk membeli mesin . Janganlah anda mengambil untung sendiri (untung kocek) di atas pembelian mesin itu . Maka duit keuntungan yang diperolehi adalah sumber yang haram . Oleh itu cubalah menjadi seorang yang jujur dalam kehidupan , biarlah orang sekeliling kita tidak jujur tetapi kita menunjukkan contoh yang mulia . Kejujuran pada hati ni adalah suatu sifat yang sangat bernilai di mata masyarakat dan Allah SWT . Beringatlah kita bahawa '' kejujuran itu adalah ketenangan manakala kedustaan itu adalah kebimbangan ''.

No comments:

Post a Comment