Wednesday, November 11, 2015

PILIHAN DI HATI

Assalamualaikum wbt
Adakalanya sukar untuk menentukan pilihan di hati . Kadang kala pilihan yang dibuat tidak semestinya kena dengan hati pada suatu saat . Pilihan di hati ni memerlukan seseorang bagus dalam membuat keputusan . Orang cakap biar hati kering dalam membuat keputusan pilihan di hati ni . Sekarang saya nak kupas sedikit pilihan hati saya . Dalam konteks diri saya , pilihan di hati ni adalah sukar untuk ditentukan walaupun hati ini milik kita sendiri . Sesuatu pilihan yang terbaik kadang kala datang untuk sementara tanpa kita sedari . Jadi ia memerlukan kesedaran oleh kita sendiri untuk melihat kepentingan setiap pilihan yang datang kepada kita . Ini kerana manusia hanya mampu merancang hanya Allah swt yang menentukan . Sebagai contoh , pilihan kita untuk memilih jenis biasiswa yang kita terima . Satu menawarkan RM 10k memerlukan 3.0 pngk untuk setahun manakala yang satu lagi menawarkan RM 20K untuk setahun memerlukan 4.0 pngk . Tetapi kemampuan kita hanya pada tahap minimum untuk mencapai keperluan yang ditawarkan . Jadi telah berlaku kekeliruan untuk membuat pilihan di hati .Pilihan hati juga tidak semestinya dilakukan pada keraguan kita . Jadi hendaklah kita merujuk kepada orang yang kita benar benar percaya juga jikalau kita tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri . Rujukan kepada orang lain juga harus kita kaji dahulu sebelum membuat keputusan muktamad .Jangan merujuk kepada seorang sahaja minta lah pendapat daripada orang lain juga .

Wassalam


No comments:

Post a Comment