Monday, November 23, 2015

Kemanisan Hati yang suci

Assalammualaikum wbt
Apakah kemanisan hati yang suci ?
Ialah sesuatu perkara yang kita nikmati dengan penuh rasa bermakna pada hati yang suci . Kesucian hati ini amatlah sukar untuk dicari pada zaman pembangunan yang pesat ini . Hati yang suci tidaklah hanya pada kewarakan seseorang , tetapi pada sikapnya apabila berada di sekeliling masyarakat . Pernahkah kita terfikir untuk amalkan sikap tolong menolong ?tentulah tidak , kerana kita lebih mementingkan duniawi iaitu dunia kita sendiri tanpa perlu memikirkan masalah orang lain . Pernahkah kita terfikir untuk membalas budi kepada orang yang pernah lukakan hati kita ? Tentu pernah terdetik perasaan ego yang kuat dalam diri kita . Pernahkah kita terasa ingin membantu binatang di jalanan mencari makanan terutamanya anjing atau binatang yang haram dipegang di dalam islam ? Tentu wujud perkataan " eh jangan binatang itu kita tk boleh pegang jadi biarkanlah dia susah " dalam kamus hidup kita . Maka banyakkanlah kita membaca kitab suci Al-quran supaya hati kita ini tidak mudah dinoda oleh syaitan untuk sentiasa melakukan maksiat . Hapuskanlah perasaan benci membenci , pudarkanlah keegoan tinggi dalam diri kita , putihkanlah titik yang gelap dalam hati kita . Tingkatkanlah keyakinan yang lebih dalam diri untuk melakukan kebaikan agar kemanisan hati yang suci dapat dinikmati sentiasa .

No comments:

Post a Comment