Friday, November 13, 2015

Cuti

Alhamdulillah
cuti kali ini sangatlah tidak hambar seperti sebelum ini . Cuti kali ni banyak diluangkan bersama keluarga , rakan-rakan dan rakan istimewa haha . Tetapi cuti kali ni memang sepenuhnya diisi tanpa ada satu pun masa kosong tidak melakukan apa-apa . Cuti ni tidaklah susah untuk membuatkan ia nampak seronok cuma setiap masa itu kita perlu cuba memanfaatkannya iaitu dengan mengisi masa lapang dengan sempurna . Lebih baik jika sebelum cuti tu kita menyenaraikan aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang waktu cuti . Sekiranya senarai aktiviti telah dilakukan terlebih dahulu , maka ketika cuti sedang berlangsung tidaklah kita harus memikirkan apa yang hendak dilakukan setiap masa dan akhirnya sesuatu yang ingin kita lakukan tidak dapat dilaksanakan . Jadi seeloknya lakukan senarai awal supaya cuti kita adalah masa yang sempurna untuk merehatkan minda daripa stres kerja , stres belajar dan sebagainya . Kebanyakan pelajar di malaysia tidak kira pelajar sekolah mahupun pelajar universiti banyak menghabiskan masa membuat tugasan tanpa menikmati rasa cuti yang sebenar yang menenangkan . Ketika cuti juga perlulah melakukan aktiviti riadah seperti jogging , berbasikal, 'hiking', dan aktiviti lasak yang lain . Ini kerana aktiviti tersebut dapat menghilangkan tekanan apabila kita rasa gembira melakukan aktiviti bersama rakan rakan atau keluarga di samping menyihatkan badan . Hal ini kerana apabila kita melakukan aktiviti bersama rakan ia dapat mengukuhkan silaturahim . Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani).Oleh itu lakukanlah perancangan waktu cuti sebelum nikmat cuti itu tidak bermakna kepada kita . Sekian .
Terima Kasih .


No comments:

Post a Comment