Sunday, November 01, 2015

Berfungsi

Sebenarnya adalah sangat sukar untuk kita jadi seseorang yang berfungsi di kalangan kawan kawan . Kadang kala orang di sekeliling selain daripada keluarga iaitu kawan menyalahgunakan perkataan berfungsi di kalangan kawan kawan . Sebagai contoh , ada dikalangan rakan rakan menggunakan seseorang itu dan menganggap dia berfungsi disebabkan wang . Sangat susah untuk mencari rakan yang tidak menggunakan rakan sendiri untuk kepentingan diri sendiri seperti contoh yang saya perkatakan tadi . Menjadi seorang yang berfungsi sebenarnya tidaklah pada kekayaan tetapi pada harga diri . Berdasarkan teori saya sebagai rakan yang berfungsi adalah kita cuba adakan diri ketika rakan kita memerlukan kita . Itu barulah nama member bro ! Tidak mementingkan diri . Kerana saya percaya bahawa apabila kita ada ketika mereka memerlukan akan ada mereka untuk saya apabila saya memerlukan . Berfungsi untuk rakan rakan juga harus dititikberatkan dalam diri kita sesama sendiri kerana pada akhirnya kefungsian kita itu dapat dinilai oleh semua orang yang kita kenali . Letak lah berfungsi sebagai amalan yang baik dikalangan kita .
          Sekian , wassalam
         

1 comment: